Kebangkitan, Naik ke Syurga, Kedatangan yang Kedua Pandangan_Kristian_tentang_Yesus


Menurut Perjanjian Baru, Yesus bangkit dari kematian pada hari ketiga selepas penyalibannya dan menampakkan diri kepada murid-muridnya. Kisah para Rasul melaporkan bahawa 40 hari kemudian ia naik ke syurga dan mengekalkan kedua hakikatnya, ilahi dan manusia. Surat Paulus kepada jemaat-jemaat Kristian di Rom, Efesus, dan Kolose, serta Surat Ibrani (yang secara tradisional dianggap ditulis oleh Paulus) mendakwa bahawa Yesus sekarang mempunyai kuasa di syurga dan di bumi demi Gereja, sehingga seluruh bumi berada di bawah pemerintahannya melalui pemberitaan Injil. Berdasarkan Perjanjian Baru, orang Kristian percaya bahawa Yesus akan datang kembali dari syurga pada akhir zaman, untuk menghakimi orang yang hidup dan yang mati.

Dalam beberapa aliran dari Gereja Mormon (Mormonisme), Yesus diyakini telah menampakkan diri di belahan bumi barat selepas kebangkitannya dan mengajar kepada sejumlah orang Indian, yang menurut Kitab Mormon ialah keturunan bangsa Israel.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pandangan_Kristian_tentang_Yesus http://www.newadvent.org/cathen/14142b.htm http://www.newadvent.org/cathen/10338a.htm http://books.google.com/?id=z47zgZ75dqgC http://books.google.com/?id=8OJCa6euw5gC http://books.google.com/?id=tHlY94UWi3UC&pg=PA282 http://books.google.com/books?id=sqJ9hi4epJYC&pg=P... http://books.google.com/books?id=j9db9kGwG3MC http://www.fordham.edu/halsall/basis/ephesus.html https://books.google.com/books?id=y_RpbmWNfHcC https://books.google.com/books?id=dbSPOoQfu0IC